Staf UiTM Sahaja

Bengkel Semakan Siri 3/2026 Program Akademik Fakulti Sains Maklumat

26 Okt 2026 – 28 Okt 2026 ILD Bandar Enstek 1 tempat berbaki
Daftar Sekarang

Tentang Program

Proses semakan kurikulum merupakan sebahagian daripada keperluan penambahbaikan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement, CQI) yang wajib dilaksanakan bagi memastikan program akademik yang ditawarkan sentiasa relevan, kompetitif, dan memenuhi piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta kehendak pasaran.

Bengkel Siri 3 ini merupakan rentetan daripada pelaksanaan Bengkel Semakan Kurikulum Siri 1 dan Siri 2 yang telah diadakan pada 22 dan 26 April 2026 serta 7 hingga 8 Julai 2026. Pelaksanaan bengkel ini turut mengambil kira dapatan daripada sesi Round Table Discussion (RTD) bersama panel industri dan alumni yang telah diadakan pada 2, 8 dan 9 September 2026.

Bengkel Siri 3 akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penulisan dan pemurnian dokumen semakan kurikulum berdasarkan input, teguran serta maklum balas profesional yang diperoleh daripada bengkel siri terdahulu dan sesi RTD. Dapatan perbincangan, khususnya yang berkaitan dengan jurang kemahiran, trend pekerjaan masa hadapan dan perkembangan teknologi terkini yang dikenal pasti oleh pihak industri dan alumni, akan diteliti, dipetakan dan diintegrasikan secara menyeluruh ke dalam dokumen rasmi semakan kurikulum (IQA03) bagi program prasiswazah dan pascasiswazah.

Kumpulan Sasaran

Status Jawatan: Akademik Kumpulan Perkhidmatan: PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (AKADEMIK) Kategori Jawatan: PENSYARAH

Staf perlu memenuhi semua baris di atas untuk layak memohon.

Sasaran peserta ialah terdiri dari pensyarah Fakulti Sains Maklumat dari Cawangan yang terlibat

Peserta:
Dianggarkan melibatkan beberapa Resource Person kursus, Ketua Semakan dan Penyedia Dokumen setiap program pascasiswazah dan prasiswazah, Pengurusan Tertinggi (Dekan/Timbalan Dekan) serta urusetia fakulti. 

Program ini turut melibatkan pensyarah dari cawangan dari Fakulti Sains Maklumat yang terlibat dengan semakan Program Diploma kod SI110 dan SI144.

Aturcara

27 Okt
14:00–17:30

Kongsi & Jemput

Staf UiTM Sahaja
FAKULTI SAINS MAKLUMAT
Bengkel Semakan Siri 3/2026 Program Akademik Fakulti Sains Maklumat
ILD Bandar Enstek · 26/10/2026
1 tempat berbaki (49/50)
Program ini hanya untuk staf/pelajar UiTM. Sila log masuk untuk mendaftar. Log Masuk