1.1 Pelajar-pelajar Sarjana Sains (Alam Bina) dan Doktor Falsafah (Alam Bina), sepatutnya menyiapkan kajian dalam tempoh yang ditetapkan dalam pelan pengajian masing-masing. Namun terdapat pelajar yang menghadapi cabaran seperti:
i. Kesukaran menstruktur penulisan;
ii. Kekangan masa disebabkan oleh komitmen kerja, peribadi dan lain-lain; dan
iii. Kurang pendedahan terhadap teknik penulisan problem statement, literature review, research GAP, unit of analysis dan sebagainya.
1.2 Thesis Bootcamp ini akan menjadi platform intervensi intensif untuk menyediakan sistem sokongan yang kondusif, berstuktur dan disokong oleh pakar bidang( mentoring. Sekaligus, membantu pelajar-pelajar agar dapat menyiapkan penulisan akhir tesis bagi memenuhi syarat pengajian.
1.3 Thesis Bootcamp yang akan dijalankan ini juga adalah langkah proaktif bagi mendedahkan pelajar di semester awal untuk mengatasi cabaran tersebut.