Kursus latihan berasaskan kompetensi ini dirancang agar dapat memberikan ilmu, kemahiran dan perkongsian pengalaman berkaitan topik latihan bagi memenuhi keperluan pembangunan kompetensi Generik (Pentadbir).
Peserta berdasarkan pencalonan oleh Bahagian Arkib Universiti (BARU) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM.
[KANDUNGAN MODUL]
1. Isu dan cabaran Pengurusan Rahsia Rasmi dalam Perkhidmatan Awam
2. Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Pengelas dan Pendaftar Kecil Rahsia
3. Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi (Menerima, Memproses, Menyimpan, Menghantar, Memusnah)
4. Pengenalan kepada Akta Rahsia 1972 (Akta 88)
5. Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi (Pengelasan dan Pengelsan Semula Rahsia Rasmi)
6. Latih Amal Pengurusan Rahsia Rasmi
1. Membangunkan Kompetensi GENERIK PENTADBIR (PENYEDIAAN DOKUMEN RASMI) para peserta berdasarkan modul latihan yang diberikan.
2. Memupuk kesedaran penghayatan nilai ESI & i-DART dan model BUDI di dalam pekerjaan seharian.
1. Ceramah Interaktif
2. Kajian Kes
3. Perbincangan Dalam Kumpulan
4. Pembentangan
5. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) / Pembelajaran Secara Amali (Hands-On)
6. Sesi Soal Jawab
Assalamu’alaikum Wr. Wbt.
YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan / Para Peserta yang dihormati,
Terima kasih atas penyertaan anda dalam program yang telah berlangsung. Bagi membantu kami menambah baik kualiti penganjuran program pada masa akan datang, mohon kerjasama tuan/puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi borang maklum balas melalui pautan berikut:
🔗 Pautan Borang Maklum Balas: https://forms.gle/xrVburD48k1TntKR9
Kerjasama dan pandangan daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.